Kamera kompak kian menjadi salah satu keperluan kepada kebanyakan orang. Hampir setiap keluarga memiliki kamera kompak baik dari yang biasa sehingga kepada kamera kompak yang berteknologi tinggi.

Keperluan Kamera Kompak bagi merakamkan kenangan manis serta aktiviti seharian menjadikan kamera kompa ini wajib di miliki. Walau di mana sahaja kita berada, kamera kompa pasti ditemui dalam majlis perkahwinan, perayaan malahan juga majlis perpisahan. Kamera kompak diminati kerana memudahkan penggunanya. Kamera ini hanya perlu dibawa ataupun dimasukkan dalam beg kecil sahaja. Apabila mahu menggunakannya, aktifkan kamera dan mula merakamkan objek. Hasil foto diperolehi pasti tidak mengecewakan. Namun, fungsi automatik seringkali membuatkan kamera kompak dipandang rendah. Kandangkala, kamera kompak di anggap sebagai alat rakaman yang biasa kerana kemampuang dan fungsinya yang terhad. Walhal, anggapan sedemikian perlu dijadikan cabaran bagi penggunanya. Keinginan meneroka kebolehan kamera kompak secra kreatif perlu dijadikan cabaran yang tidak mustahil.

Tidak terhad Fungsi dan kemampuan kamera kompak terhad? Singkirkan segera persepsi itu. Kamera kompak memiliki memiliki banyak fungsi mengikut peredaran zaman. Bermula dengan pelbagai mode merakam foto sehingga kepada fungsi mengedit secara terus melalui kamera. Mode merakam foto tidak hanya terhad kepada 'Auto' ataupun 'Program' sahaja. Kebanyakan kamera kompak menyediakan mode merakam foto 'Manual' dan 'Semi Manual', sama seperti kamera DSLR sehingga kepada pelbagai mode keadaan iaitu cara menyesuaikan objek dengan persekitaran bagi menghasilkan foto yang cepat dan efektif.

Walaupun lensa yang digunakan kamera kompak tidak boleh ditukar ganti, kamera ini memiliki lensa 'vario' yang memudahkan kita merakam foyo secara 'standard', 'semi standard', 'semi-tele' dan 'tele'. FUngsi manual juga disediakan bagi merakam foto secara manual. Bagi memudahkan rakaman foto, fungsi mengesan wajah dan anti gegaran juga disediakan bagi mencegah foto yang dirakam kabur ataupun rosak. Kualiti megapiksel yang semakin tinggi juga menjadikan kamera kompak ini bukan lagi kamera biasa. Dengan berkreativiti, hasil foto yang diperolehi pasti memuaskan. Fungsi kawalan kamera kompak tidak jauh berbeza dengan kamera DSLR. Pelbagai foto menarik dapat dirakam menggunakan kamera kompak. Terokai fungsi kamera kompak ini menggunakan kreativiti tersendiri dalam merakam foto. Apabila memahami fungsi kamera ini sepenuhnya pasti foto yang dihasilkan setaraf dengan hasil foto melalui DSLR. Kamera kompak juga semakin murah harganya dan mampu dimiliki semua orang. Sekiranya masih belum memilikinya ada beberapa perkara perlu dipertimbangkan sebelum proses membeli.


Memilih kamera kompak

Pengetahuan dalam teknologi serta istilah yang digunakan bagi kamera kompak perlu diketahui supaya dapat mengendalikan kamera kompak dengan baik. Prinsip pengendalian kamera kompak tidak jauh berbeza dengan kamera analog yang menggunakan rol filem. Dengan kamera analog, cahaya yang masuk ke lensa terus sampai pada permukaan filem yang sensitif dengan cahaya. Begitu juga dengan kamera kompak. Bezanya kamera kompak mempunyai alat pengesan cahaya yang mampu mengesan cahaya yang masuk kedalam lensa. Kebanyakan kamera kini menggunakan sensor CCD. Melalui sensor itu, kamera dapat menterjemahkan informasi cahaya yang dikesan oleh sensor dan menghasilkan foto. Sebagai pengganti rol filem, kamera kompak menyimpan foto dalam kad memori. Kamera kompak praktikal dan ekonomi dengan adanya skrin LCD. Ini memudahkan foto yang dirakam dilihat terus menerusi kamera tanpa perlu mencuci foto itu. Kamera kompak juga memudahkan foto dipindahkan terus ke PC atauon alat peranti lain. Kualiti foto ditentukan oleh jumlah titik warna yang berkait dengan resolusi sensor. Resolusi diukur melalui piksel yang digunakan. Piksel adalah elemen kecil yang sensitif pada cahaya dan membentuk sensor. Kini, kualiti kamera digital semakin tinggi segingga mencapai ukuran megapiksel. 1 megapiksel bersamaan dengan satu juta piksel. ini bermakna satu kamera yang mempunyai 4 megapiksel mampu menghasilkan foto yang terdiri daripada empat juta piksel.

Nilai resolusi dikira dengan mendarabkan piksel menegak (vertikal) dengan piksel mendatar (horizontal). Nilai-nalai itu sama seperti mengira resolusi pada monitor PC. Oleh itu, dapat dikatakan makera 4 megapiksel dapat menetapkan resolusi sehingga 2.272 x 1.704 piksel. Cuba darabkan angka itu. Angka yang diperolehi pastinya hampir dengan empat juta piksel. Maka, tidak harian ada anggapan yang mengatakan semakin tinggi resolusi kamera kompak, semakin tinggi kualiti fotonya. Namun, teori ini tidak semestinya benar. Secara tepat, semakin tinggi resolusi, semakin besar ukuran cetak foto itu. Justeru, keperluan resolusi kamera dikira supaya bersesuaian dengan keperluan bagi dicetak kelak. Semakin besar foto yang ingin dihasilkan, semakin besar resolusi kamera dipilih supaya hasil foto tidak pecah. Sekiranya foto tidak mahu dicetak, cukup dengan menggunakan resolusi rendah. Ini bertujuan bagi meningkatkan lagi jumlah foto yang dapat disimpan dalam memori kamera. Kebanyakan kamera kompak mempunyai beberapa tetapan bagi meningkatkan kualit foto. Istilah-istilah teknik bagi kamera mungkin mengelirukan, jangan berputus asa. Perkara penting semasa membeli kamera adalah mengetahui jumlah piksel kamera itu.

Digital Camera Tips

Selain itu, kadar sensitiviti sensor mealui ISO juga perlu dilihat. Semakin tinggi angka ISO kamera, semakin sensitif sensor mengesan cahaya masuk. Ini bermakna, walaupun cahaya kurang, kamera masih dapat menghasilkan foto yang terang dan cantik.

Selain itu, antara elemen yang perlu dipertimbangkan semasa membeli kamera kompak adalah lensa.Kualiti lensa dapat menentukan kualiti cahaya yang dikesan oleh sensor. Kualiti lensa yang rendah menghasilkan warna kurang tepat dan efek vignette, iaitu lingkaran cahaya asing di tepi objek ataupun blok hitam dalam foto.

Sebaliknya, lensa yang dilengkapkan dengan optikal yang baik dapat menghasilkan warna tepat. Selain itu, lensa seperti ini juga dapat meningkatkan kedalaman warna dan menghasilkan foto yang jelas. Bagaimanapun, kualiti lensa tidak dapat ditentukan selagi tidak mencubanya terlebih dahulu. Kemudian, teliti ukuran panjang fokal (focal length) lensa. Biasanya ukuran itu setanding dengan kamera filem 35mm. Focal lengtg yang pendek memudahkan foto dirakam dengan mode 'wide angle' (sudut luas). Focal length yang panjang memiliki sudut foto yang sempit khas bagi tele. Pendek kata, semakin besar focal length, semakin banyak kegunaan kamera itu.

Pilih yang mudah

Salah satu perubahan fizikal yang terbesar daripada filem kepada digital adalah skrin LCD. Skrin LCD dapat digunakan sebagai pengganti 'viewfinder' bagi melihat hasil foto yang dirakam.

Kebanyakkan kamera kompak menyediakan fungsi bagi mengedit foto terus dari kamera. Namun, semakin banyak foto dirakam ataupun di edit, tenaga beteri kamera semakin berkurangan, kamera masih mampu merakam foto tanpa perlu mengaktifkan paparan (display). Umumnya, viewfinder kamera kompak tidak sehebat LCD. Apa yang dilihat mata tidak sama dengan apa yang dirakam kamera. Viewfinder yang bagus hanya terdapat pada kamera DSLR (Digital Single Lens Reflex). Salah satu kelemahan kamera kompak adalah 'shutter lag', iaitu jarak masa apabila jurugambar menekan butang shutter dan detik foto dirakam oleh lensa. Antara faktor yang mempengaruhinya adalah kepantasan elektronik autofokus, exposure meter dan auto white balance. Ketiga-tiganya bekerjasama ketika proses merakam foto. Ada kamera yang bekerja dengan pantas kerana tiga fungsi itu ditingkatkan. Langkah terbaik menguji shutter lag adalah dengan mencuba sendiri melalui kamera yang diminati.

Kebanyakkan kamera kompak menyediakan butang dail bagi memilih 'scene mode' dengan pantas. Ini membanu merakam foto yang sesuai dengan persekitaran objek yang ingin diambil. Contohnya, bagi merakam foto wajah, jurugambar dapat memilih mode potret yang mempunyai ikon kepala. Simbol gunung mewakili landskap dan simbol orang berlari mewakili objek bergerak. Kebanyakan kamera kompak disertakan dengan internal memori dan kad memori yang berkapasiti rendah iaitu 16MB atau 32MB. Kad memori yang besar kapasitinya dikatakan bagus. Kita dapat mencuba kad memori berkapasiti 128MB hingga 1GB. Disarankan juga ketika memilih kamera, perhatikan faktor saiz, berat dan bentuk kamera kompak itu. Faktor-faktor ini memudahkan pengendalian kamera kompak dalam apa jua suasana sekalipun.

https://www.facebook.com/kerex.photography

https://www.facebook.com/Kerex.Studio

Share To:
Next
This is the most recent post.
Previous
Older Post

Post A Comment:

0 comments so far,add yours