Dokumentari P. Ramlee



Tan Sri Datuk Amar (Dr.) Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh (Tulisan Jawi: تاوكو زكريا بن تاوكو ڽق ڤوتیه;‎ 22 Mac 1929 – 29 Mei 1973), lebih dikenali sebagai P. Ramlee, merupakan seorang penyanyi, pelakon, pengarah, pemuzik dan penulis lagu berbangsa Melayu yang berasal dari Pulau Pinang, Malaysia. Beliau juga digelar sebagai Seniman Agung Negara kerana jasanya yang amat besar dalam industri hiburan terutamanya di rantau Asia Tenggara. Beliau pernah mendapat pengiktirafan antarabangsa seperti Best Male Lead Role (Festival Filem Asia Ke-4, Tokyo) dan Most Versatile Talent (Festival Filem Asia Ke-10, Tokyo). Beliau berjaya menghasilkan sebanyak 401 buah lagu dan 66 buah filem sepanjang hayatnya.



Kelahiran: 22 Mac 1929
Meninggal dunia 29 Mei 1973 (umur 44) Hospital Kuala Lumpur, Setapak, Kuala Lumpur, Malaysia.
Sebab kematian: Serangan jantung
Dikebumikan: Pusara Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur
Nama lain: Ramli Puteh / Remy
Pendidikan: Sekolah Melayu Kampung Jawa, Francis Light English School (1939-1941), Japanese Navy School (Kaigun Gakko), Penang Free School (1945-1947)
Wiki: https://ms.wikipedia.org/wiki/P._Ramlee
Sumber dari youtube: https://youtu.be/sIyydQDKN_Y
Sumber dari youtube: https://youtu.be/-2UxDRx11IA


Post a Comment

Previous Post Next Post