Jutawan Fakir



Jutawan Fakir ialah sebuah filem komedi Malaysia arahan Prof. Madya Dato' A. Razak Mohaideen. Dibintangi oleh Saiful Apek, Waheeda, Bob Kuman dan ramai lagi, filem ini ditayangkan pada 18 Disember 2003.

Sinopsis

Mengisahkan kehidupan seharian Fakir Bin Miskin, seorang anak muda yang bekerja sebagai budak pejabat di sebuah syarikat di ibu kota. Perwatakan dan gelagatnya yang sentiasa ceria membuatkan rakan sepejabatnya sentiasa terhibur. Namun, Fakir sentiasa kesempitan wang dan sering meminjam dari teman wanitanya, Zura, menyebabkan hutangnya keliling pinggang. Hari demi hari kehidupan Fakir semakin tersempit hinggakan ditinggalkan Zura. Bagaimanapun pada suatu hari, nasib menyebelahi Fakir apabila dia menjumpai sebuah beg berisi banyak wang hasil dari rompakkan seorang perompak yang cuba menyembunyi dan melarikan motosikal Fakir, dan sejak itu kehidupannya berubah. Kekayaannya berlipat ganda apabila pelaburannya membuahkan hasil.

Dia juga tidak kedekut untuk menderma pada mereka yang susah Fakir juga menggunakan kekayaannya untuk membeli syarikat tempat kerjanya dahulu yang hampir muflis Dan menyelamatkan kesemua rakan sekerjanya dulu hasil dorongan rakan kerja perempuannya. Kehidupan Fakir sangat bahagia disamping 'keluarga' barunya. Namun demikian, jiwa Fakir mula gelisah apabila mendapat tahu wang yang dijumpai itu adalah wang rompakkan. Polis datang untuk menahan Fakir disebabkan oleh tuduhan penyalahgunaan wang yang dirompak. Namun Fakir mula tersedar dari tidur dan sedar kesemua yang dialami itu hanyalah mimpi sebelum dia menggunakan kesemua wang itu (kemungkinan sebuah visi akan apa akibat bakal ditanggung oleh Fakir sekiranya dia menggunakan wang tersebut kerana matlamat tidak menghalalkan cara, salah tetap salah).

Keesokkan harinya, Fakir telah pergi ke bank dan berjumpa pengurus bank (Azlee) yang dirompak bagi memulangkan kembali wang tersebut. Pada mulanya Encik Azlee tidak mempercayai Fakir namun setelah penjelasan dibuat Fakir, beliau memutuskan memberikan ganjaran sebanyak RM100,000,00 kepada sesiapa yang mempunyai maklumat keberadaan wang yang dirompak. Disebabkan Fakir menjumpai wang tersebut maka Fakir telah menerima ganjaran RM 98,000,00 (tolak dua ribu kerana Fakir guna buat bayar sewa rumah). Fakir gembira akan ganjaran yang diterima dan memeluk Encik Azlee tanda kesyukuran akan beban yang sedikit kurang setelah Fakir memperolehi RM 98,000,00 di dalam simpanannya... Seterusnya kesemua terserah kepada Fakir mahu gunakan untuk tujuan apa RM 98,000,00 itu.

Pengarah Prof Madya Dato' A. Razak Mohaideen Penerbit: David Teo
Penulis: Wan Aida Wan (skrip asal)
Prof Madya Dato' A. Razak Mohaideen (cerita)
Lakon layar oleh: Azhari Zain
Dibintangi oleh: Saiful Apek, Waheeda, Bob Kuman
Syarikat penerbitan: Metrowealth Pictures
Mula ditayangkan: 18 Disember 2003 (Malaysia)
Tempoh: tayangan 83 minit
Negara: Malaysia
Bahasa: Bahasa Melayu
Wiki: https://ms.wikipedia.org/wiki/Jutawan_Fakir
Sumber Youtube: https://youtu.be/z_Sn5IoYPM8


Post a Comment

Previous Post Next Post