Hikayat Merong Mahawangsa



Sinopsis
Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah. Semasa angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.

Bagaimanapun, puak lanun dari Garuda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Garuda. Maka, adalah tugas Merong Mahawangsa untuk menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat.

Pengarah: Yusry Abdul Halim
Pembantu Pengarah: Mohd Elmy Khalid
Seni: Ting Lam
Fotografi: Mohd Noor bin Kassim
Penerbit: Norman Abdul Halim (eksekutif), Yusry Abdul Halim (eksekutif), Edry Abdul Halim (eksekutif)
Penulis: Yusry Abdul Halim (Lakon layar)
Dibintangi oleh: Stephen Rahman Hughes, Datuk Haji Rahim Razali, Khir Rahman, Ummi Nazeera, Umie Aida, Jing Lusi, Gavin Stenhouse, Maya Karin
Dikisahkan oleh: Yusry Abdul Halim (Cerita Asal)
Muzik oleh: Edry Abdul Halim
Pengedar: Malaysia: KRU Studios
Negara: Malaysia
Bahasa: Bahasa Melayu
Wiki: https://ms.wikipedia.org/wiki/Hikayat_Merong_Mahawangsa_(filem)
Sumber youtube KRU Studios: https://youtu.be/ppLaOXwtg68
Official KRU Studios youtube channel: https://www.youtube.com/user/krustudios/

Post a Comment

Previous Post Next Post