Laki-Laki



Laki-Laki ialah filem Malaysia yang diarahkan oleh Ahmad Rusli Mohamed Khadri atau dipanggil Ollynn Khadri. Filem ini di pawagam pada 19 Disember 2013. Filem ini menjalankan penggambaran di sekitar KL dan Pulau Pangkor

Mengisahkan zaman kemuncak kegemilangan Razak, Abu, Azman, Samad dan Jerry, mereka tersungkur dan berikutan itu dipertemukan pula dalam satu insiden tidak dijangka.

Mereka berlima tidak pernah bertemu sebelum ini, namun berhadapan situasi sama apabila malang menimpa kerjaya mereka sehingga memerlukan bantuan untuk menaikkan semula semangat.

Lantas, mereka pun mengambil keputusan menyertai satu program motivasi dan belum sempat sampai ke lokasi dituju, kapal terbang dinaiki mereka terhempas ke sebuah pulau asing.

Masing-masing memiliki ego tersendiri maklum saja sebelumnya mereka cukup hebat dalam kerjaya sendiri tapi pada pertemuan berkenaan, mereka terpaksa akur dan terserlah sifat sebenar.

Bagaimanapun, setiap pertemuan pasti ada hikmahnya dan semakin mengenali hati budi masing-masing, daripada situ timbul kesedaran mereka saling memerlukan.
Pengarah Ollynn Khadri
Dibintangi oleh: Angah Raja Lawak, Zul Suphian, Mie Raja Lawak, Azrel Ismail, Adey Syafrien
Sinematografi: Dekwan
Syarikat penerbitan: Metrowealth Movies Production
Mula ditayangkan: 19 Disember 2013
Negara: Malaysia Malaysia
Bahasa: Bahasa Malaysia
Wiki: https://ms.wikipedia.org/wiki/Laki-Laki
Sumber video youtube METROWEALTH: https://youtu.be/30XKW5n67Vo
Official METROWEALTH youtube channel: https://www.youtube.com/user/MetrowealthPictures


Post a Comment

Previous Post Next Post