Karak



Sekumpulan empat sahabat yang merupakan pelajar kolej terdiri daripada Nik, Zura, Ida dan Jack sedang dalam perjalanan pulang ke Kuantan melalui Lebuhraya Karak E8 selepas percutian mereka di Kuala Lumpur. Namun, kesesakan luar biasa di lebuh raya tersebut di Persimpangan Karak menyebabkan mereka memilih untuk keluar dari lebuh raya dan sebaliknya melalui Laluan Persekutuan.

Semasa berhenti rehat di pekan Karak, Nik dan Jack diganggu hantu semasa berada di sebuah tandas yang usang dan tidak terurus. Semasa mereka meneruskan perjalanan di jalan raya persekutuan itu, sekali lagi mereka diganggu hantu sehingga menyebabkan kereta yang dipandu Jack hilang kawalan dan terbabas ke dalam gaung.

Setelah Zura berjaya mendapatkan rakan-rakannya, mereka menjumpai sebuah rumah di dalam hutan yang didiami oleh Tok Malam serta sepakat untuk menumpang di rumah tersebut sementara menunggu hari siang untuk mendapatkan bantuan. Namun demikian, pelbagai kejadian seram telah berlaku semasa mereka berada di rumah tersebut.

Adalah didedahkan bahawa hantu-hantu yang mengganggu mereka selama ini asalnya merupakan hantu belaan arwah isteri Tok Malam, manakala pada penghujung cerita pula didedahkan bahawa Nik, Ida dan Jack sebenarnya sudah mati akibat kemalangan tersebut; "rakan-rakan" Zura semasa di rumah Tok Malam pula adalah hantu-hantu yang mahu menyesatkan Zura.


Pengarah: Yusry Abd Halim
Penerbit: Norman Abdul Halim, Yusry Abd Halim, Edry Abdul Halim
Penulis: Yusry Abd Halim (Lakon layar), Norman Abdul Halim (Cerita Asal)
Dibintangi oleh Shahir AF8, Shera Aiyob, Kilafairy, Along Eyzendy, Sidek Hussain
Disunting oleh: Hafizan Malek
Mula ditayangkan: 26 Mei 2011
Negara: Malaysia
Bahasa: Bahasa Melayu
wiki: https://ms.wikipedia.org/wiki/Karak_(filem)
Sumber video youtube KRU Studios: https://youtu.be/MroXFUtR_uI
Official KRU Studios channel: https://www.youtube.com/user/krustudios/

Post a Comment

Previous Post Next Post