Aku Bukan Terrorist


Ringkasan

Mengisahkan tentang Dayana dan Ummar yang telah lama berkawan kemudian bercinta semasa mereka menuntut di universiti. Ummar berasal dari Kashmir dan dihantar oleh ibunya ke Malaysia serta tinggal bersama ibu saudaranya di sini. Ummar sudah biasa dengan keadaan di Malaysia dan boleh berbahasa Melayu. Dayana seorang anak kepada ahli perniagaan yang terkenal, ayahnya jarang dapat meluangkan masa dengannya. Ummar mendapat panggilan dari kampung menyatakan ibunya sedang sakit tenat. Oleh kerana Ummar tidak mempunyai duit yang mecukupi, Dayana telah membantu Ummar membeli tiket pulang ke kampung. Ummar tidak menyangka yang Dayana juga membeli tiket untuk ke Kashmir bersama. Ummar berasa berat hati seperti ada sesuatu perkara yang dirahsiakan untuk membawa Dayana ke Kashmir. Ketika di Kashmir, Dayana di beritahu oleh ibu Ummar tentang mengapa Ummar di hantar tinggal bersama ibu saudaranya di Malaysia. Tujuan ibunya membuat begitu kerana tidak mahu Ummar terlibat secara langsung dalam peristiwa lama ayahnya yang dianggap seorang pengganas di Kashmir. Orang kampung termasuk Ummar juga mempercayai ayanhya memang seorang pengganas yang merbahaya.

Perkara itu berlaku apabila Abu Dzar, seorang ketua gengster mahu merampas kuasa dan sanggup mempergunakan bapa Ummar untuk kepentingan dirinya. Dayana telah diculik oleh kuncu Abu Dzar sewaktu ketiadaan Ummar di rumah. Ummar cuba menyelamatkan Dayana tetapi gagal. Ummar di belasah teruk ketika berada di rumah Abu Dzar. Abu Dzar telah menyuruh kuncunya mempersiapkan Dayana untuk menjalankan misinya. Mustaffar yang merupakan orang kanan Abu Dzar telah membelot untuk membantu Ummar yang diculik, sewaktu Abu Dzar membawa Dayana ke kawasan untuk meletupkan bom. Mustaffar dan Ummar berjaya menyelamatkan Dayana dengan sebuah kenderaan jeep. Mustaffar sempat meyuruh Ummar menurunkannya di sebuah jambatan. Ummar dan Dayana diarahkan beredar tinggalkan dirinya bersendirian. Mustaffar menunggu Abu Dzar dan berhadapan dengannya. Mustaffar cuba menyedarkan Abu Dzar tentang tindakannya itu menyalahi undang-undang. Kali ini, Ummar mengambil keputusan untuk menyelamatkan Mustaffar semula, tetapi Mustaffar telah meletupkan bom yang diambil pada Dayana semasa diatas jeep. Abu Dzar dan kuncu-kuncunya tidak sempat melarikan diri dalam letupan bom itu. Mereka kesemuanya terkorban termasuk Mustaffar.


Pengarah: Arjin Uppal
Penerbit: S. Baldev Singh & Harvinder Uppal
Penulis: Jekyll Gyzma
Dibintangi oleh: Gulshan Grover, Rahul Dev, Afiq Muiz, Chacha Maembong, Farida Jalal, Kapten Khir Mohd Noor, Betty Banafe, Dato' Jalaludin Hassan
Muzik oleh: Boy Razak
Sinematografi: Vierendrra Lalit
Disunting oleh: S. Baldev Singh & Arjuna
Syarikat penerbitan: White Merpati Entertainment
Mula ditayangkan: 5 Oktober 2017
Tempoh tayangan: 95 minit
Negara: Malaysia
Bahasa: Bahasa Melayu / Bahasa Tamil / Bahasa Inggeris
Wiki: https://ms.wikipedia.org/wiki/Aku_Bukan_Terrorist
Sumber video youtube WhiteMerpatimovies: https://youtu.be/fiD2lp3ocRU
Official WhiteMerpatimovie youtube channel: https://www.youtube.com/c/WhiteMerpatimovies/


Post a Comment

Previous Post Next Post