Seniman Bujang Lapok


Filem Bujang Lapok merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura pada tahun 30 November 1957. Filem Bujang Lapok diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.
Filem Bujang Lapok diarah oleh pengarah P. Ramlee pada 30 November 1957.Filem ini adalah filem pertama bercorak komedi yang diarahkan oleh Allahyarham P.Ramlee dan ternyata percubaannya berjaya menambat hati para penonton ketika itu.

Ringkasan Cerita

Ramli, Aziz dan Sudin tinggal di rumah sewa kepunyaan Normah. Gelagat Ramli mula menarik perhatian pemilik rumah sewanya iaitu Normah. Hal ini disedari sendiri oleh rakan baik Ramli iaitu Sudin dan Aziz. Sudin dan Zaiton pula ingin berkahwin tetapi emak Zaiton tidak setuju ekoran Sudin dilihat tidak berupaya menanggung anaknya. Ayu, adik kepada Zaiton, sentiasa meminta upah sebanyak 20 sen untuk menutup rahsia hubungan cinta antara Sudin dan Zaiton. Aziz pula sering membantu Sapiah yang menderita di bawah jagaan bapa angkatnya, seorang kaki botol yang sering bertindak kejam memukul Sapiah. Selepas beberapa lama, ketiga-tiga sahabat ini akhirnya berkahwin dengan gadis pilihan masing-masing. Sudin dengan Zaiton, Aziz dengan Sapiah dan Ramli dengan Normah. Filem Bujang Lapok ini merupakan permulaan kepada sekuel filem arahan P.Ramlee yang bertemakan " Bujang Lapok ". Filem ini sesuai dijadikan tontonan keluarga berikutan penonton akan disajikan dengan pelbagai gelagat dan sketsa yang berkait rapat dengan norma masyarakat pada ketika itu.


Pengarah P. Ramlee Penerbit Run Run Shaw Penulis B. H. Chua(cerita) P. Ramlee(lakon layar) Dibintangi oleh P. Ramlee, S. Shamsuddin, Aziz Sattar Muzik oleh P. Ramlee Sinematografi A. Bakar Ali Syarikat penerbitan Malay Film Productions Ltd. Pengedar Shaw Brothers Mula ditayangkan 30 November 1957 Tempoh tayangan 95 Minit Negara Singapura Bahasa Melayu




Post a Comment

Previous Post Next Post