Adnan Sempit



Mengisahkan Adnan, seorang Mat Rempit yang berusia lingkungan 27 tahun. Adnan atau lebih dikenali sebagai Nan Sempit di kalangan rakan-rakannya adalah seorang anak yatim piatu yang dibela serta dijaga oleh makciknya sejak kecil selepas kematian ayahnya. Namun dia berhijrah ke Kuala Lumpur kerana tidak mendapat kasih sayang dan layanan yang baik dari keluarga makciknya. Di ibu kota, Adnan tinggal bersama Macha, abang saudaranya dan menjadi tempat dia meluahkan rasa hati. Dia mula hidup di Kuala Lumpur dan bekerja sebagai mat despacth di sebuah syarikat swasta dan menyimpan perasaan pada bosnya, Nadia.


Pengarah: Ahmad Idham
Penerbit: David Teo
Penulis Panel MIG: Aranina Zulfra
Dibintangi oleh: Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Yana Samsudin, Along Cham
Muzik oleh: Brian Ng MIG Sound Factory
Sinematografi: Raja Mukhriz Bin R. Ahmed Kamaruddin
Disunting oleh: Ahmad Mustadha
Syarikat penerbitan: MIG Production Sdn Bhd
Mula ditayangkan: 14 Januari 2010
Tempoh tayangan: 95 minit
Negara: Malaysia
Bahasa: Bahasa Malaysia
Sumber video youtube David Teo: https://youtu.be/gupkC7t0bLY
Official davidteoMETROWEALTH youtube channel: https://www.youtube.com/user/davidteoMETROWEALTH
Official David Teoh youtube channel: https://www.youtube.com/channel/UCrJjiRC8VS9_VwiwTCWAy6w


Post a Comment

Previous Post Next Post