Darah Panas



Syahana seorang gadis yang sangat berpegang pada agama, namun dia bercita-cita untuk menjadi seorang model muslimah kerana terpengaruh dengan video di laman sosial. Syahana berkenalan dengan Fandi melalui laman sosial dan dia telah meminta bantuan Fandi bagi mencapai cita-citanya. Syahana menyatakan hasratnya kepdala keluarganya namun ditentang oleh ayah dan abangnya. Syahana tetap mahu meneruskan cita-citanya. Dia mengambil keputusan untuk melarikan diri ke Kuala Lumpur. Setibanya Syahana di Kuala Lumpur, Fandi telah membawa Syahana ke dunia pelacuran. Syahana tidak sangka nasibnya akan menjadi begitu. Cicak merupakan ketua rumah pelacuran dan juga terlibat dalam sindiket dadah. Cicak yang telah membeli Syahana daripada Fandi. Adi bekerja di bawah kumpulan Cicak, namun dia seorang yang menghormati wanita Islam. Adi bertemu dengan Syahana di rumah pelacuran dan sangat bersimpati dengan keadaan Syahana yang telah ditipu oleh Fandi. Di kampung, ibu bapa Syahana tidak henti-henti berdoa agar anaknya dalam keadaan selamat dan dilindungi oleh tuhan. Keluarga Syahana juga telah mengambil keputusan untuk ke Kuala Lumpur mencari Syahana. Di rumah pelacuran, Syahana meminta pertolongan Adi untuk lari dari rumah pelacuran. Adi mengambil keputusan untuk menyelamatkan Syahana. Mereka berdua melarikan diri bersama. Adi membawa Syahana ke kampungnya dan tinggal bersama nenek Adi. Cicak dan kuncunya terus memburu Adi sehinggalah berlaku kejadian yang tidak diingini. Syahana mula jatuh hati pada Adi sepanjang dia bersama dengan Adi di kampung sehinggalah keluarga Syahana menjemput Syahana pulang dari rumah nenek Adi.


Pengarah Arjin Uppal
Penerbit S. Baldev Singh dan Harvinder Uppal
Penulis Afiq Zulkifli
Dibintangi oleh: Sharnaaz Ahmad, Nur Fathia, Soffi Jikan, Adam Corrie, Jalaludin Hassan, Aznah Hamid, Vanessa Chong, Roslan Abdullah
Muzik oleh: Boy Razak
Sinematografi: Vierendrra Lalit
Disunting oleh: S. Baldev Singh
Syarikat penerbitan: White Merpati Entertainment
Mula ditayangkan: 4 Jun 2015
Tempoh tayangan: 85 minit
Negara: Malaysia
Bahasa: Bahasa Melayu
wiki: https://ms.wikipedia.org/wiki/Darah_Panas
Sumber video youtube WhiteMerpatimovies: https://youtu.be/7uj686apgkQ
Official WhiteMerpatimovie youtube channel: https://www.youtube.com/c/WhiteMerpatimovies/


Post a Comment

Previous Post Next Post