Adnan Sempit Sawadikap



Adnan Sempit Sawadikap (juga dikenali sebagai Adnan Sempit 4) ialah filem aksi komedi Malaysia 2014 arahan Ismail Bob Hashim dan merupakan kesinambungan daripada tiga filem terdahulu. Dibintangi oleh Shaheizy Sam, Along Cham, Intan Ladyana dan Yana Samsudin, ia mengisahkan tentang Adnan dan Bobby bersama-sama dengan isteri mereka, Nadia dan Wawa ingin bercuti ke Bangkok sambil menjalankan perniagaan di sana.

Plot

Filem ini mengisahkan tentang Adnan dan Bobby bersama-sama dengan isteri mereka, Nadia dan Wawa ingin bercuti ke Bangkok sambil menjalankan perniagaan di sana. Namun, malangnya pasport Nadia dan Wawa tercicir dan tidak dapat bercuti bersama dengan suami mereka.

Tapi itu semua adalah rancangan Nadia yang mahu berehat dari menjaga anaknya bersama Adnan. Disebabkan itu dia membenarkan Adnan membawa bayi mereka ke Bangkok. Manakala pasport Wawa pula disembunyikan oleh Bobby kerana suaminya itu mahu bebas di Bangkok untuk sementara waktu.

Ketika mereka berdua di Bangkok, bayi Adnan telah hilang di lapangan terbang dek kecuaian Adnan sendiri. Sehinggakan Adnan berasakan bayinya telah diculik oleh sindiket jahat dan kejadian itu telah membuatkan Adnan dan Bobby bertemu dengan Nok, lakonan Lalisa Santirod, iaitu seorang wanita Thailand yang Adnan rasakan telah menculik bayinya itu.

Di sinilah bermulanya episod mereka melakukan pelbagai cara bagi mendapatkan kembali bayi Adnan. Tanpa diduga, rupanya bayi yang disangkakan anak Adnan itu turut menjadi buruan banyak gengster yang menginginkan bayi tersebut. Siapakah sebenarnya Nok? Adakah bayi yang ada bersama Nok itu bayi Adnan? Adakah Adnan dan Bobby terselamat daripada ancaman gengster?


Pengarah: Ismail "Bob" Hasim
Penerbit: David Teo
Dibintangi oleh: Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Yana Samsudin, Along Cham, Lalisa Sontirod
Syarikat penerbitan: MIG Pictures
Mula ditayangkan: 7 Ogos 2014
Negara: Malaysia
Bahasa: Malaysia, Thai
Pecah panggung: RM 1.27 Juta
Wiki: https://ms.wikipedia.org/wiki/Adnan_Sempit_Sawadikap
Sumber channel youtube David Teo: https://youtu.be/30XKW5n67Vo
Official davidteoMETROWEALTH youtube channel: https://www.youtube.com/user/davidteoMETROWEALTH
Official David Teoh youtube channel: https://www.youtube.com/channel/UCrJjiRC8VS9_VwiwTCWAy6w


Post a Comment

Previous Post Next Post